MRSM BESERI

Undian

Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan di MRSM.
 

Mutiara Kata

Do not run through life so fast that you forget not only where you have been, but also you are going. Life is not race, but a journey to be savored each step of the way.

 

Digital Clock

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Organisasi Pelajar PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 06 August 2008 21:27

Syarat Penilaian & Graduasi

Maktab Rendah sains MARA telah memperkenalkan sistem penilaian berdasarkan Purata Nilaian Gred (PNG) mulai tahun 1986. Di bawah sistem ini, pencapaian pelajar pada akhir semester akan dikelaskan mengikut gred abjad yang diberi mata nilaian seperti berikut.

 

Gred

A

B+

B

C+

C

D

Mata Nilaian

4.0

3.5

3.0

2.5

2.0

1.0

 

Jenis-jenis kursus

Semua kursus pada setiap semester akan diberi jam kredit dan mempunyai kod kursus yang tertentu. Kursus-kursus ini terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

  • Kursus Teras

Terdiri dari subjek yang diambil oleh semua pelajar untuk peperiksaan PMR dan SPM

  • Kursus Elektif

Terdiri dari subjek peperiksaan mengikut jurusan yang dipilih oleh pelajar menengah atas.

  • Kursus Khas

Wajib diambil oleh semua pelajar sebagai memenuhi syarat graduasi.

  • Kursus pembangunan sahsiah

Pelajar boleh memilih kursus yang diminati asalkan memenuhi syarat graduasi. Kursus ini terbahagi kepada

  1. Kelab
  2. Persatuan
  3. Sukan
  4. Permainan
  5. Badan Beruniform

Syarat Bergraduasi

  1. Mesti mendapat TPNG tidak kurang dari 2.0
  2. Kursus teras Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu lulus semuanya
  3. Pelajar perlu sekurang-kurangnya perlu lulus 204 jam kredit (Men Rendah) dan lulus 87 jam kredit (Men Atas).
  4. Bagi pelajar menengah atas, mereka perlu lulus sekurang-kurangnya 58 jam kredit bagi subjek-subjek elektif
  5. Mesti lulus semua kursus Khas
  6. Mesti lulus 10 jam kredit (Men Rendah) 6 jam kredit (Men Atas) kursus pembangunan sahsiah.
  7. Pelajar yang menganggotai aktiviti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai Kelab atau Persatuan

 

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • English For Science Technology

 

  1. Atas alasan yang diterima oleh senat maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab atau Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan atau Permainan boleh digantikannya dengan kajian persendirian.

Peraturan Pakaian

Warna-warna pakaian seragam maktab dan jenis-jenis fesyen yang dibenarkan adalah menurut seperti yang dinyatakan dalam surat Pekeliling yang telah dihantar kepada pelajar bersama-sama surat tawaran masuk ke Maktab Rendah Sains Mara.

Baju Kemeja

1. Baju Kemeja berkolar potongan biasa samaada berlengan panjang atau berlengan pendek. Lain-lain jenis baju seperti kemeja T berkolar, baju kemeja sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja (T-Shirt tidak berkolar tidak dibenarkan).

2. Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar.

3. Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan atau digulung lipat dengan kemas ke paras atas siku.

4. pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke kelas. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.

Seluar

1. Kain seluar yang dibenarkan ialah daripada jenis yang sesuai. selain kain jenis denim, PVC, Corduroy atau kulit tidak dibenarkan.

2. Pemakaian semua jenis Jeans dan cotton slacks tidak dibenarkan.

3. Fesyen seluar hendaklah tidak terlalu longgar (Baggy), terlalu ketat dan berkaki singkat. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilit seluar di antara 14"-18".

Tali Pinggang

1. Seluar yang bertali pinggang lebarnya hendaklah di antara 2-4 cm dan berwarna gelap. Tali Pinggang yang berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan.

2. Kepala tali pinggang tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambang atau tulisan yang tidak sesuai.

Kasut dan Sarung Kaki

1. Hanya jenis kulit dan PVC dibenarkan. Kasut sukan, selipar, sendal, boot, semiboot, atau lain-lain kasut yang berwarna-warni tidak dibenarkan dipakai ke kelas.

2. Pemakaian sarung kaki adalah wajib. Panjang sarung kaki hendaklah menutup buku lali dan warna sarung kaki hendaklah sesaui dan tidak berbelang dan berwarna-warni.

Tali Leher

1. Dipakai sentiasa waktu akademik.

2. Warna rasmi Maktab. Warna-warna lain tidak dibenarkan.

Tanda Nama

1. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa ke kelas akademik atau upacara rasmi maktab.

2. Tanda nama tersebut tidak boleh ditukar ganti dengan kawan

3. Tanda nama tersebut tidak boleh diubahsuai atau diconteng dan tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran

Baju dan Kain

1. Jenis-jenis yang dibenarkan ialah baju kurung yang bergaya sederhana, blouse lengan panjang beserta skirt panjang yang menutup buku lali (bukan Islam sahaja).

2. Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan tidak jarang.

3. Warna tidak terlalu terang dan corak hendaklah bersesuaian dengan persekitaran maktab.

Kain Tudung

1. Pemakaian tudung diwajibkan. Kain tudung hendaklah tidak terlalu labuh iaitu melebihi paras pinggang dan perlu diperkemaskan semasa menjalankan ujikaji di makmal sains.

2. Hanya kain tudung berwarna putih sahaja yang dibenarkan.

Kasut

1. Kasut hendaklah jenis yang disarungkan dan bukan jenis selipar atau sandal.

2. Ketinggian tumit tidak melebihi 1 inci.

3. Kasut bergaya dan berwarna tidak dibenarkan.

4. Kasut warna Hitam & kasut getah putih sahaja dibenarkan dipakai semasa kekelas akademik.

 

Last Updated on Wednesday, 14 July 2010 02:51