MRSM BESERI

Undian

Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan di MRSM.
 

Mutiara Kata

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik dari pada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tapi tidak menemukan pakaian yang lebih bail daripada takwa. Aku merenungkan segala jenis amal baik daripada member nasihat baik. AKu mencari segala bentuk rezeki tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik dari sabar.

(Khalifah Umar)

 

Digital Clock

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Sejarah MRSM PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 12 August 2008 09:26

Rancangan penubuhan MRSM Perlis adalah termasuk di dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 4. Hasil perbincangan antara MARA dengan Kerajaan Negeri Perlis, akhirnya tapak yang sesuai telah dikenalpasti di Batu 8 ½, Jalan Kaki Bukit, Beseri.

Permohonan 6 lot tanah seluas 55.5 ekar telah diluluskan pada 21 Jun 1980 dengan bayaran premium sebanyak RM697,794.04. Kerja-kerja pembersihan tapak maktab yang dahulunya dipenuhi dengan tanaman getah dimulakan pada 28 Oktober 1982. Perletakan batu asas projek pembinaan maktab telah dilakukan oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalulail Raja Perlis pada 28 April 1983 dan dirasmikan oleh baginda pada 6 Julai 1988 bersamaan 22 Zulkaedah 1408.

Pada 26 Mac 1984 kerja pembinaan fasa 1 yang bernilai RM8.6 juta telah dimulakan oleh Syarikat Woodtex Sdn. Bhd. Kerja pembinaan fasa 2A yang bernilai RM1.5 juta telah dimulakan oleh Syarikat Pembinaan Bumira Sdn. Bhd. pada 7 Julai 1986 dan siap pada 12 Oktober 1986. Kerja pembinaan fasa 2B yang bernilai 3.4 juta telah dimulakan pada 28 Oktober 1986 oleh Syarikat KLK Kontrak Bina Sdn. Bhd. dan siap pada 16 Februari 1987.

Kerja pembinaan Fasa 3 yang bernilai RM1.2 juta telah dimulakan pada

27 April 1994 oleh Pembinaan Binajaya dan siap pada 7 Mac 1995. Dengan siapnya kerja pembinaan tersebut, maktab kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti makmal, asrama, dewan selera, bilik komputer, pusat sumber pembelajaran, galeri seni, surau, gelanggang tennis, gelanggang bola tampar, padang bola dan lain-lain.

MRSM Beseri telah mula beroperasi pada 1 April 1985 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 44 orang dengan pengetua pertamanya iaitu Tuan Haji Ahmad Roslan bin Johari dan 381 pelajar perintis serta 34 orang kakitangan. Kini bilangan staf akademik berjumlah 71 orang, staf bukan akademik 66 orang, dan lebih kurang 800 orang pelajar di bawah pentadbiran pengetua ke lima En. Saleh bin Osman.


Senarai Pengetua MRSM Beseri

Tn Hj Ahmad Roslan bin Johari -> 1985 -1993

Tn Hj A. Mokhti bin Hussin -> 1993 – 2000

Pn Hjh Shaariah bt Dahaman -> 1 Januari 2001 -31 Disember 2003

Tn Hj Ahmad bin Ismail -> 01 Januari 2004 – 30 Jun 2006

En Salleh bin Ismail -> 17 Julai 2006 November 2007

En Abd Hamid bin Hj Ahmad -> November 2007 – 23 Mei 2010

 

Last Updated on Friday, 25 June 2010 08:17