Perutusan Pengarah PDF Print E-mail
Written by Administrator   

 

 

 

Salam Sejahtera.

Melalui paparan laman web ini, Kolej MARA Seremban (KMS) berharap dapat memberikan gambaran ringkas mengenai kolej dan program-program yang dijalankan.

Buat masa ini KMS mengendalikan 2 program pra-Universiti iaitu A-Level dan International Baccalaureate (IB).  Kedua-dua program ini menyediakan pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti kursus kritikal di peringkat ijazah di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Sebagai pendokong kepada hasrat murni mara untuk melahirkan insan yang berwibawa dan serba boleh, KMS memainkan peranan untuk menghasilkan dan menyediakan golongan pelajar yang berbudaya Teknologi Maklumat (ICT), intelek, terbina sahsiahnya, mahir dalam bidang yang diceburi, mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan berkemampuan menghadapi cabaran masa depan.  Untuk itu, KMS menyediakan perkhidmatan dan pendidikan yang berkualiti sebagai teras kepada usaha kolej untuk mencapai matlamat menjadikan KMS sebagai sebuah institusi pendidikan yang terunggul di negara ini.

Sekian..