Struktur Organisasi
Aktiviti Bulanan KMS
| Sejarah KMS |
|
|
|
| Written by Administrator |
|
Kolej MARA Seremban(KMS), yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Seremban, merupakan MRSM yang pertama sekali dibina pada tahun 1971. Dengan keluasan yang terhad iaitu 10 ekar, kolej ini hanya boleh menampung maksimum 550 orang pelajar sahaja pada satu-satu sesi pengajian.
PROGRAM YANG DIJALANKAN Sejak penubuhannya padatahun 1971 sehingga sekarang, kolej ini telah melalui beberapa perubahan dari segi nama, pentadbiran dan jenis program yang dijalankan.
1972 Pengambilan kumpulan pertama pelajar tingkatan 1 yang terdiri daripada 150 orang pelajar lelaki sahaja.
1978 Program Matrikulasi Sains Universiti Kebangsaan dijalankan di samping program menengah.
1985 Program Matrikulasi dipindahkan ke MRSM Kulim dan digantikan dengan program GCE A-Level.
1988 Program Ijazah Northern Consortium University United Kingdom (NCUK) pula dijalankan. Sejajar dengan penawaran program peringkat ijazah, kolej ini dikenali sebagai Kolej Pengajian Tinggi MARA (KPTM) di bawah pentadbiran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bermula dari 1985 hingga Jun 1992.
1992 Pentadbiran kolej diambil alih semula oleh MARA dan Program Matrikulasi Universiti Kebangsaan ditawarkan semula. Kali ini 2 jurusan ditawarkan iaitu Jurusan Perakaunan dan Jurusan Sains.
1994 Pada 3 Februari, kolej ini secara rasminya dikenali sebagai Kolej MARA Seremban.
2000 Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijalankan setelah kementerian mengambil alih semua program matrikulasi mulai sesi 2000/2001.
2005 Program Matrikulasi KPM ditamatkan dan mulai 28 Jun 2005 Program Internasional Baccalaureate(IB) pula ditawarkan.
2007 Pada 11 Januari 2007 Kolej MARA Seremban bersama 3 buah Kolej MARA yang lain dipindahkan pengurusan pentadbiran daripada Bahagian Pelajaran & Latihan (Menengah) kepada Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA .
|


